Rabu, 11 Julai 2012

Hari Rabu ( 11/07/2012)- SUKAN BALAPAN DAN PADANG SMK PAKU

Pada hari ini, sekolah SMK PAKU, BAU SARAWAK Telah mengadakan sukan tahunan ataupun sukan balapan dan padang yang diadakan antara rumah-rumah sukan di Sekolah itu. Antara permainan yang dipertandingkan mengikut rumah sukan ialah seperti lompat tinggi, lari berganti-ganti,lompat jauh, Lempar cakera, dan banyak lgi. Tapi saya sebagai hakim dalam acara lempar cakera yang diadakan di padang Kat Stadium Mini Bau Sarawak. Saya juga rasa gembira kerana telah berjumpa dengan semua guru termasuklah guru sesi pagi dan petang. Dalam keadaan ini, saya juga rasa gembira kerana telah memperolehi satu ilmu dan suatu pengalaman yang baru yang mana sebelum ini saya tidak tahu langsung mengenai acara lempar Cakera itu. 
      Jadi dengan adanya permainan ini dan saya ditugaskan sebagai hakim dalam pertandingan ini secara langsung sedikit sebanyak saya telah ketahui juga tentang permainan ini. Permainan ini dipertandingkan  dengan seorang pelajar dipanggil mengikut giliran nombor yang tertera di baju masing-masing dan mereka hendaklah melemparkan cakera yang berat itu, kemudian di kira siapa yang paling jauh melemparkannya daan lemparan itu diukur dengan tali ukur sebagai ukuran yang paling jauh. Sesiapa yang paling jauh melemparkan cakera itu dalam dua pusingan yang terdapat enam lemparan itu dikira ianya menang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan