Jumaat, 22 Oktober 2010

::Semanis Bicara Secantik Bahasa Seindah Rupa::


Salam Ukhuwah Pembuka Bicara

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia-Nya kerana saya dapat mencoret serba sedikit mengenai maklumat penulisan ini. Ya Allah, tunjukilah aku dan berikanlah aku ucapan yang sesuai. Aku juga mohon ilmu yang bermanfaat dan aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dan jadikanlah akibat yang baik dalam semua urusanku serta lindungilahku dari keaiban di dunia ini dan seksaan di akhirat nanti.


Pertama-tamanya inginku ucapkan terima kasih juga kepada penyelia Latihan Ilmiahku iaitu Dr Hajah Siti Fatimah Mohd Yasin yang mana sentiasa memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam merangka latihan ilmiah yang serba sedikit ini. Kita telah sedia maklum bahawa Latihan Ilmiah ini merupakan subjek wajib fakulti yang mana wajib diambil oleh pelajar di seluruh UKM ini dan subjek ini adalah penting bagi pelajar kerana ia merupakan syarat utama untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda. Tidak ketinggalan juga saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan dorongan dalam membuat latihan ini khususnya rakan-rakan di bawah seliaan Dr Siti Fatimah. Walaupun pada mulanya, saya berasa gusar dan gundah kerana tertanya-tanya saya ni di bawah penyelia mana? tetapi apabila melihat nama yang di tampal, saya telah mengetahui siapa penyelia Latihan Ilmiah iaitu Dr Siti Fatimah. Dengan secara tidak langsung, saya telah membayangkan apakah yang Dr nak, mesti berkaitan dengan ICT coz saya pernah ambil subjek dengan Dr. Oleh itu, Dr telah mengadakan perjumpaan yang pertama bagi group Latihan Ilmiah ini di bawah seliaannya pada hari Khamis bersamaan 8/4/2010 di Makmal 5 jam 10 pagi. Perjumpaan ini merupakan perjumpaan kali pertama iaitu sebelum saya dan rakan-rakan yang lain menjalani praktikal. Dalam perjumpaan tersebut, Dr mengarahkan saya supaya menemubual/menemuramah guru-guru yang mengajar subjek pendidikan Islam dan pelajar-pelajar di sekolah yang saya telah jalankan itu. Hasil dari temuramah itu, Dr menyuruh saya membangunkan 4 blog di mana merangkumi blog p&p, blog refleksi,blog peribadi dan blog analisis web atau pautan yang berkaitan dengan tajuk yang akan di bangunkan dalan blog sebanyak 50 web yang lain dan siap dikomen.


Semasa saya menjalani praktikal di Maahad Saniah Pasir Puteh Kelantan, saya diarahkan oleh Dr supaya menemuramah guru, tetapi bukan saya lupa, sebaliknya saya tidak jelas mengenai arahan yang telah diberikan oleh Dr. Walaubagaimanapun, saya tetap mencuba dengan menanyakan serba sedikit guru yang mengajar Pendidikan Islam di sekolah itu iaitu Ustazah Nirwana dan ia juga merupakan pembimbing saya. Oleh itu,saya mudah untuk membuat sebarang pertanyaan dan persoalan. Banyak persoalan yang saya timbulkan mengenai penggunaan ICT, antaranya ialah adakah ustazah sentiasa menggunakan ICT atau komputer dalam pengajaran?seterusnya saya akan bertanya pada masa lain. Oleh itu, apa yang saya dapati ialah tahap penguasaan dan penggunaan ICT dalam kalangan guru-guru khususnya bagi guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam masih kurang dan masih di tahap sederhana. Dengan kata lain, masih tidak menggunakan langsung ICT dalam pengajarannya. Semasa di sekolah itu juga, saya sempat bertanya beberapa orang pelajar tentang penggunaan ICT dan apakah responnya terhadap ICT tersebut. Selebihya saya mengedarkan soal selidik bagi memastikan maklumat yang dikumpul itu dapat dianalisis.


Selepas tamat praktikal, saya dan kawan-kawan telah berjumpa dengan penyelia untuk kali kedua iaitu pada hari Ahad yang bertarikh 18/7/2010 di Makmal 5 pada jam 3.00 petang. Dalam perjumpaan kali ini, Dr ingin melihat perkembangan dari latihan mengajar samada dari sudut pengalaman dan maklumat yang diperolehi. Tetapi malangnya, beberapa orang sahaja yang datang pada masa itu dan maklumat yang diperolehi pun tidak banyak. Jadi selepas perjumpaan, saya terus memikirkan cara untuk memperolehi data serta maklumat tersebut. Cara yang saya telah pilih ialah dengan menggunakan soal selidik iaitu dengan cara saya poskan di sekolah dan meminta guru supaya mengedarkan borang tersebut kepada pelajar supaya pelajar menjawabnya. Walaupun pada mulanya agak susahlah bagi saya untuk mendapatkan data, akan tetapi saya berusaha sedaya upaya dengan menelefon kepada guru menanyakan perkara tersebut. Dengan ini,maklumat saya agak bertambah banyak sedikit. Hal ini kerana, pelajar-pelajar di sekolah itu tidak menggunakan f.b atau internet, jadi saya susah untuk berhubung dengan mereka melalui e-mail. Saya terpaksa melakukan dengan cara tersebut.


Di sini, saya akan membuat refleksi berkenaan dengan penulisan Latihan Ilmiah saya yang memfokuskan kepada cara saya membuat penulisa dan apakah tajuk yang saya pilih untuk membangunkan blog saya. Oleh itu, daripada maklumat yang dipoerolehi daripada responden terdapat ramai di kalangan pelajar yang tidak dapat memahami tajuk Zakat Fitrah. Dalam bab zakat ini, banyak perkara yang sukar untuk difahami, antaranya ialah kadar pengeluaran, golongan yang wajib menerima zakat dan banyak lagi. Apa yang ku ingin tekankan di sini ialah berkaitan penulisan saya iaitu tajuk tahap penguasaan dan penggunaan ICT di kalangan guru-guru Pendidikan Islam. Tajuk yang saya kemukakan ini ialah kerana sepanjang pemerhatian dan temubual bersama guru-guru Pendidikan islam khsusnya, apa yang dapat disimpulkan bahawa tahap penggunaan dan penguasaan ICT di kalangan guru amat rendah dan ada yang langsung tidak menggunakan ICT semasa mengajar. Hal ini berlaku kemungkinan guru itu tidak mempunyai kemahiran dalam menggunakannya serta kekangan masa yang tidak mengizinkan.


Perkara yang paling saya ingin berkongsi bersama rakan-rakan saya ialah cara saya membangunkan dan menghasilkan blog. Secara ringkasnya, ingin dikatakan di sini adalah pada dasarnya saya tidak pandai untuk menghasilkan blog sama blog biasa ataupun blog yang menyerlah. Tetapi apabila saya ditugaskan untuk membina blog, jadi saya meminta bantuan daripada kakak Senior Pendidikan Al-Quran iaitu Kak Nisa yang arif dalam pemblogan untuk mengajar saya membina blog. Jadi, dengan bantuannya dapatlah saya mereka blog yang tidak seberapa menjadi lebih baik. Sebenarnya, Kak Senior datang ke UKM adalah untuk menghadiri majlis konvokesyen kali ke 38, akan tetapi disebabkan oleh permintaanku untuk mengajarku blog, jadi ia sanggup meluangkan masa untuk ku dalam menghasilkan blog. Banyak maklumat yang ku tahu mengenai cara membuat blog apabila dia mengajarku sepanjang dia berada di UKM. Oleh itu, saya merasa sangat bertuah kerana dapat mempelajari blog dengan baik daripada Kak Nisa'. Tidak lupa juga kepada sahabat karibku iaitu Salma Binti Mohamed kerana dia telah banyak membimbingku dan mengajarku apa yang ku tidak faham.


Akhir sekali, mudah-mudahan Allah S.W.T memberkati dan mengurniakan keredhaan sepenuhnya terhadap usaha ku dalam membina blog dan juga penulisan yang dijalankan. Ku memohon kepada Allah S.W.T semoga segala harapan, cita-cita dan hajatku akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.


WALLAHUA'LAM BISSOWAB