Sabtu, 6 November 2010

Luahan Hati Tentang Latihan IlmiahKu

Di sini saya ingin menceritakan dan meluahkan apa sahaja yang terbuku di hati saya sepanjang bergelut dengan Latihan Ilmiah 2010 ini. Pada mulanya saya tidak memahami apa sebenarnya tajuk yang hendak dikaji berkaitan dengan Latihan Ilmiah. Oleh kerana Dr Siti Fatimah Mohd Yasin menyuruh saya menjalankan soal selidik, pemerkatian dan temuramah guru, anggapan saya ketika itu adalah Latihan Ilmiah saya mesti berkaitan dengan masalah pembelajaran pelajar dan tahap penguasaan guru serta pelajar dalam penggunaan ICT. Dr menyuruh saya melakukan kesemua soal selidik, temuramah dan pemerhatian di sekolah semasa menjalankan prktikal. Saya telah melakukan kesemua perkara tersebut di sekolah itu. Namun, saya tertanya-tanya............... apakah soalan yang perlu dimasukkan dalam soal selidik? dan saya tidak mengetahui tahap minimum responden dalam sesuatu kajian.


Dari seminggu ke seminggu, masa berlalu begitu sahaja dan aku sentiasa risau, gelisah, resah memikirkan tentang kajian ilmiahku ini. Aku juga menghantar segala persoalan yang timbul dan sentiasa bermain di benakku kepada Dr melalui Facebook. Terdapat persoalan yang telah dijawab oleh Dr, namun terdapat juga persoalan yang lambat mendapat respon daripada Dr. Keadaan ini menyebabkan aku semakin gelisah memandangkan kawan-kawanku yang lain telah memperolehi tajuk masing-masing dan telah mengetahui cara untuk membuatnya. Selepas itu, aku ada juga bertanya kepada kawan-kawan yang sekumpulan denganku. Namun, jawapan mereka pun sama iaitu keliru, tidak faham dan tidak jelas. Aku ada terbaca mengenai persoalan kawanku yang bertanya kepada Dr mengenai masalah tajuk apakah yang ingin dikaji, di situ Dr menjawab awak perlu menkaji dari A-Z. Saya tidak berapa jelas mengenai maklum balas tersebut. Menurut apa yang saya faham mengenai istilah A-Z adalah cara-cara membangunkan blog. Dari sehari ke sehari, aku mencari-cari orang yang pandai membuat blog untuk mengajarku. Alhamdulillah aku telah berjaya menguasai kaedah pembangunan blog walaupun tidak seberapa.

Kemudian Dr menghantar senarai kandungan yang perlu dimasukkan di dalam bab 1. Daripada senarai tersebut, Dr telah memberitahu skop-skop yang perlu dimasukkan dalam setiap point tersebut dalam Latihan Ilmiah. Dari situ, aku telah mula memahami mengenai apa yang hendak dilakukan dalam kajian ini. Saya memulakan penulisan dari bab 1 dan menghantar kepada Dr melalui Gmail. Alhamdulillah Dr memberi maklum balas dengan cepat dan memberitahu perkara-perkara yang perlu diperbaiki. Kemudian aku memperbaiki semula apa yang dikomen oleh Dr seterusnya menghantar semula kepada Dr. Inilah cara aku berhubung dengan penyeliaku sepanjang membuat latihan ilmiah ini. Sepanjang memikirkan Latihan Ilmiah ini, aku diberi banyak dugaan kesihatan sehinggakan aku demam 2 kali dalam sebulan pada awal bulan 8.

Seterusnya aku menghantar bab2, namun tiada respon daripada Dr. Aku juga menganggap bab 2 yang aku telah buat itu betul, namun sebaliknya yang berlaku. Selepas itu aku membuat bab 3 dan menghantarnya, namun tidak terjawab juga. Anggapanku adalah semuanya betul. Aku terus membuat bab 4 dengan menilai blog orang lain berdasarkan elemen multimedia dari setiap kriteria standart pemikiran yang berkenaan dengan topikku (ZAKAT FITRAH). Dalam proses menyiapkan bab ini, aku terpaksa berjaga dan sentiasa tidur lewat malam. Sebanyak 50 laman web yang aku telah kaji, nilai,kumpul dan analisis. Kemudian, aku terdengar ahli yang sekumpulan denganku membuat soal selidik mengenai blognya sendiri untuk dinilai. Aku tertanya-tanya, adakah aku perlu menilai laman web atau blog orang lain atau adakah orang lain perlu menilai blogku?.


Aku semakin keliru
sehinggakan aku menelefon kepada Dr untuk mendapatkan kepastian dengan lebih jelas. Namun, aku juga berasa sangat sedih dan hampir berputus asa kerana kesemua bab yang aku telah buat perlu diubah dan ditambah banyak lagi.Semasa berhubung dengan Dr melalui telefon, aku dapat memecahkan/menyelesaikan segala masalah yang timbul dengan bertanya kepada Dr sehinggakan aku tidak sedar kreditku telah habis. Dari situ, aku telah faham mengenai apa sebenarnya yang hendak dikaji. Aku juga berterima kasih kepada Dr kerana menelefon kepada aku kembali. Selepas itu, setiap bab yang telah aku lakukan sebelum ini perlu diubah kembali dan ditambah lagi kerana ia terpesong dan menyeleweng dengan apa yang dikehendaki oleh Dr.

Aku perlu membuat semula daripada bab 1 hingga ke bab seterusnya. Aku perlu mengambil masa yang lama untuk menyiapkan Latihan Ilmiah. Walaupun ketika itu musim peperiksaan, aku tetap sibuk bertungkus lumus mencari responden dan maklumat dalam kajian ini. Alhamdulillah akhirnya aku berjaya juga mendapat responden dan maklumat yang dikehendaki. Pada musim tersebut, aku terlalu tertekan dan tension kerana menghadapi exam dan Latihan Ilmiah sekaligus dan kedua-duanya sangat penting. Walau apa juga sekali pun, aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi hidayah dan pertolongan serta kesihatan yang sempurna untuk menyiapkan Latihan ini.

Akhirnya aku berjaya juga menyiapkan Latihan Ilmiah ini serta empat blog iaitu blog Zakat Fitrah, Peribadi, refleksi dan penilaian web. Aku berterima kasih kepada Dr kerana telah mengajarku, membimbingku serta memberi nasihat yang bermanfaat kepadaku.

Aku berharap mudah-mudahan usahaku sepanjang menyiapkan kajian ini mendapat keberkatan daripada Allah dan seterusnya memperolehi keputusan yang sewajarnya daripada Dr. Amin............................
........